Posts

Showing posts from December, 2012

New Year

Image
Assalamualaikum ... Aciuuuuuuuu ! .. wahhh, berhabuknya blog ni, lama sudah tidak updates, Maklumlah sibuk buat persiapan sempena COMING BACK TO SCHOOL, well suka buat benda last minuta padahal, awal2 kan boleh beli, tapi apa di kisah, yang penting settle biar pun last minute,. hihhhihi Aciuuuuu, aduii berhabuk betul blog nii,  oh yaa, ermmm ni hari last sudah kita di Tahun 2012 kan,, heeee, nda lama lagi open school.  school pun awal betul buka tanggal 2 lagi tuu -______- perasaan dan jiwa, masih lagiii mahu cuti-cuti .. heee,  tapi wish for new year ni, :: hope masalah tahun 2012 dapat di lupakan dan mulakan hidup baruu . jangan pandang ke belakang lagi, terus ke hadapan menempuhi cabaran, walaupun ia tersangat mencabar . tempuhi dengan penuh kesabaran !! jangan biarkan orang yang tidak bertauliah mengganggu hidup kita ! perrr, penuh perasaan akuu ni kann, hahahA LAST WORD FROM ME :: " leave u final day with your lovely family n throw a we...

JANGAN TAKBUR .

Image
Assalamualaikum. ! ada lagi knowledge yang mahu di post-2 nii , heee XD :)) pasal harta kita yang sekarang nii. jangan lah sombong baa. kita ni kerdil dan hinaa tahu kaa, jadii apa yang kita ada sekarang ituu bukan milik kita, itu CUMA PINJAMAN dari ALLAH S.W.T.. Bukan mudah baa kita hidup nii sehalus kudrat jiwa yang lemah dgn kehidupan yang dihuni macam-macam dugaan !! Tambah2 lagik, dizaman sekarang nii -.- berlumbaa mahu apa ? KAYA ! jarang sekali dilihat yang berebut PAHALA . Janjinya kita apa? Allah ‘Azza wa Jalla firmankan : ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِÙ†ْسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56]. tapi, kawankawan :) tinguk-tinguk baa sekeliling kita. Manusia tanpa malumalu nya , menabur kaca pada nikmat kurniaanNya. Nikmat yang di kurnia di sangka usahanya sendiri kunuk yang mendapatkannya. na! dia lupa lah satu perkara ! Dia Tidak sedar dengan sifat pemurah Allah swt. :'( Terusterus...

MUHASABAH Diri

Image
Asssalamualaikum ! balik lagi akuu posto2 dii sini, kali ni sama-sama kita muhasabah diri yaa :)) YANG BERCOUPLE ituu, YANG BELUM JADI PASANGAN HALAL tuuu jugaaa WAJIB kamuu BACA , biar lah sama-sama kita MUHASABAH diri kita sendiri yooo ! Aku juga MANUSIA. Seperti kamu !. TIADA ALIEN JUGA KAN YANG MEMBACA .  Aku juga pernah baa tersasar dari landasan dulu mcm dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan oleh KAWAN-KAWAN xD wkwkwk! Aku yakin kamu juga pernah baa itu :p ELEH ! -.- MENGAKU SAJA LAH BAA , aku faham sebab aku manusia juga sama macam  kamu :) ! ^^ Kamu yang bernama wanita(MACAM AKU NI). Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan. Alangkah indahnya kan weh , kalau dia tu Halal buat kita :') tetapi hakikatnya Haram ! selagi belum men...

TELENOVELA mayBe .

Image
Assalamualaikum Moshimoshi, Anyieong !! to my beloved visitor , sayangg kamuu sebab sudii baca <3 heee, ni ada perkongsian KNOWLEDGE baa, untuk perkongsian bersama . KEHIDUPAN KITA , BUKANLAH SEBUAH TELENOVELA YAA Kawan-kawan - Sadarr-sadarr laa -_- hidup kita nii rangg , bukan baa ni Telenovela , Sinetron ygg tukar-tukarr anak tu xD BERINGAT ! nafas seorang mukmin ialah sebuah amanah Allah , yang musti kita ne MANFAATKAN ^^ jangan suka mainmain sama perasaan Orang -,- ! even hanya GURAUAN ! nanti kerana mulut , badan binasa :) ne lah sekarang manusia ! suka janji-janji ! JANGAN BERJANJI JIKA TIDAK TUNAIKAN ! kita ni , perlu ada sikap sederhana dan biasa biasa saja :') hati kita ni diajar balik-balik supaya supaya SABAR ! sabar ! sabar ~ kan bagus kalau kita simpan saja semua perasaan , and kembali pada Allah :') dengan niat tulus , bahawa kita mencintai ATAS NAMA ALLAH ♥ beharap bila saja jatuh hati , maka hati ini lah yang digerakkan oleh Allah . bukan kehendak diri ya...

SEBIJI EPAL

Image
Assalamualaikum !! hello kembali lagi sayaa . kali ni entry hampir sama tajuk dengan entry yang sebelum ni, Cuma, cerita dia berbeza sedikit. Baca lah jangan tak baca kay ! Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan. Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, mak...

KISAH SEBIJI EPAL

Image
Assalamualaikum !! nahhh jom sama-sama kita baca entry psal epal pula hari ni yaa ! Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang,itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir,kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus.Warnaku merah bersinar.Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya.Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini?Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga? Epal tersebut binggung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan,bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang ...

BestFriend

Image
Assalamualaikum ! Moshimoshi,Anyieong haseyo :)) hari updates pasal Best friend , kita, Masing-masing ada bestfriend baa kan, cumaa kita itu nda tau knapa kalau sudah kita telampau percaya sama dia , dia buat salah sikit saja sudah kita sakit hati . Macam mau bunuh-bunuh saja diaa kan .. tapi  Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati. Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan. Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan? Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel  torn apart inside . Memang sakit. Sakit tanpa luka. Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasa...

C_I_N_T_A

Image
Assalamualaikum, Another post that i wanna Shared with my VISITORS ,, pasa Cinta, tapi nii bukan nak mengajar Hang Bercintan-Cintun, tapi ni cuba untuk kita faham kenapa CINTA ada pada setiap diri manusia . . . Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah. Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie. Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan  tidak melanggar syariat . Tidak perlu ada  percintaan Islamik , tunangan syarie dan menggantung status. Kata – kata,  “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awa...

I B U K I T A

Image
Assalamualaikum, Naa balik lagi akuu posto2 ini malam. Banyak Ilmu mahu D share Baa. well, naa kali ni pasal IBU. adidi, SORRY TO SAY siapa yang sudah tidak mempunyai IBU, yang MASI LENGKAP PARENTSnya tuu BACALAH, sikit pun tidak apa, Pasal Ibu kita nii, pasal Wanita lah lebih kurang :)) begini story nya :: || Misteri Seorang Ibu || Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...." Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya. Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-t...

Orang kafir Dan Orang Mukmin .

Image
Hello, Assalamualaiku, ! datang lagi saya kembali mau share-ii psal Orang Islam sama Orang Kafir . kisah Teladan baa ni, Harap dapat di jadikan Teladan bersama lah okayy :)) Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukmim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan. Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata,     ...

Teka_Teki_Teka_Teku

Image
Assalamualaikum ,! Anyieong ! Moshimoshi . :)) to my visitor . today i'm giving you "Teka-Teki" Teka-teki ni sekadar Renungan bersama. Jadii sama-sama lah kita Renung-renungkan dan jadikan teladan okayy ... begini , teka-tekinya berbunyi begini :: ~ Teka-teki Imam Ghazali rah.a Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ” Orang tua “ Murid 2 = ” Guru “ Murid 3 = ” Teman “ Murid 4 = ” Kaum kerabat “ Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?” Murid 1 = ” Negeri Cina “ Murid 2 = ” Bulan “ Murid 3 = ” Matahari “ Murid 4 = ” Bintang-bintang “ Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar ada...

FIKIR_RASA

Image
Assalamualaikum, Moshimoshi, Anyieong !!! to my beloved visitor , Thanks for always coming :)) naa sekarang mauu ceritaa ituu pasal Diri kita sendiri jugaaa baa ,  kamu tahu kah perbezaan antara FIKIR dan RASA ? naaaaa ~ Fikir itu Guna akal , Rasa itu Guna Hati . Banyak baa antara kita tahu '' benda tu baik'' tapi apa kunun ? Nda banyak yang buat -,- yang kita tahu YA BAIK , tapi hati kita gagal untuk rasa kan ^^ ! sebab itulah banyak terpengaruh Pilih jalan ygg Salah ~ lagi Menyalah ~ dan disalah xD *merapu* Kasitauk kamu kawang-kawangg yang Disayangii :) Hati kita ni pengawal keseluruhannya . Itulah adanya kata-kata yang begini --->  '' Jika baik hati seseorang , In Sha Allah baik lah keseluruhannya '' And , kamu tauk kaa , sedetik timbul dihati kamu  ''AKU MAHU BERUBAH'' maksudnya , itu Hidayah daripada Allah  ^^ ! kerana RASA itu milik Allah , hati itu Milik Allah ,  Allah yang ilhamkan hati itu , rasa itu , Pada kita ♥ Tap...

Tersinggung ??

Image
Assalamualaikum, Moshimoshi anyieonghaseyo . to my beloved visitor, Hari ni pasal tersinggung pula, nii sii Cousin yang Posto2 sama akuu . Okay kawangg ! aku pasti kamu semua sudaa baa merasa ygg namanya TERSINGGUNG dengan omongan org lain :') Kan !  Kebanyakan urg ne , kalau sudaa tersinggung , haa - mula laetu , sibuk bela diri sendiri kan . baru sibuk memikir '' Jahatnya dia , nda jaga perasaanku ! bidak tau perangainya ! eihh . Bikin bellak '' Kehkehkeh xD jangan ditanya larr , aku pun b'pengalaman baa :`) manusia jugaa ak :p - ada satu PORKARAA ygg palingg lorr bahaya dalam bab singgung-manyinggung tarsinggungg dan disinggungg ni xD apa etuh Fatin ? Haaa , kalau sudah timbul satu Penyakit Kronik , yg terletak di Hati kita , Yakni ; MERENDAHKAN ORANG LAIN DAN MANGUMPAT ! :3 ` ditambah-tambah lagii kalau ygg agak jahat tu , FITNAH pun dibuatnya . Kesan ygg paling TIMBUL kalau kita tersinggung itu MARAH ! nah ! aih , betul baa ! siapa nda marah kan kalau...