Sweet 1707
Bismillahirrahmanirrahim,
Admin mulakan dengan lafaz kalimah agung,
Bertanyakan khabar pada yang masih sudi membaca leteran tidak bersuara di laman ini.
Alkisah sosok ceritanya, 21 tahun yang lalu, lahir seorang bayi kecil perempuan. Pada waktu siang dalam pukul 10:30 pagi. Anehnya, pada ketika itu semua pening sibuk memikirkan nama buat si bayi. Sehingga mengambil masa seminggu untuk dapatkan nama.
Seminggu sesudah itu, lalu didaftarkan namanya ke Jabatan Pendaftaran Negara dan manusia yang berada di kaunter berkata
'Pakcik, skrg dah tak boleh lambat daftar. Hari ni lahir, hari ni juga tarikh diguna.'
Si Ayah cuma mampu menangguk tanda setuju.
'tidak mengapalah. Daftarkan saja hari kelahirannya pada hari ini, iaitu 23.07'
Sesudah itu, siaplah dokumen penting surat beranak si bayi kecil yang telah didaftarkan hari kelahirannya pada 23 Julai 1997.
Kini, dia sudah berusia 21 tahun pada tarikh hari ini. Tapi belum jika mengikut tarikh kelahiran atas sijil lahir. Kirakira lagi 6 hari untuk sampai ke umur 21 tahun.
Sedar tidak sedar, kalau dulu masih bayi, masih dipangkuan ibunda masih menangis saat terjatuh, masih menangis bila tidak punya teman, takut akan kegelapan kini semuanya sudah berubah. Menangis bukan kerana terjatuh, tapi kerana hati yang disakiti. Menangis bukan lagi kerana tidak punya teman, tapi menangis kerana rindu akan kampung halaman dan kenangan lalu.
Semuanya berubah saat umur semakin meningkat dan terus meningkat.
Menyedari hakikat bahawa semakin meningkat umur, maka semakin dekat dengan kematian. Persoalan yang tidak pernah jemu singgah di benak fikiran bukan lagi soal jodoh yang tak kunjung tiba, tapi soal persediaan.
'Apakah aku ini sudah bersedia ke alam itu?'
'Apakah aku ini sudah cukup amalan ku selama 21 tahun hidup?'
Terlalu banyak persoalan. Hingga akhirnya langkah dan perjuangan tetap diteruskan walau pahit. Tetap terus melayari bahtera kehidupan dengan tenang kerana Tenang itulah pasak yang paling ampuh dalam sebuah pelayaran. Selagi mana tenang, selagi itu ombak yang menduga tidak memusnahkan rumahrumah di tepian pantai.
Maka tenangtenanglah, teruslah berjuang dan belayarlah sehingga kita temui apa yang kita ingini dalam kehidupan ini. Nikmatilah ombakombak yang sesekali datang menyapa, rintik hujan yang membasahi bumi, sinar mentari yang terus memberikan harapan sanubari.
Truly,
Sc

Comments