Hijrah
Bismillahirrahmanirrahim.
Entah untuk ke berapa ratus kalinya, sekali lagi sis bercerita soal hijrah.
mengapa?
Sebab Hijrah itu bukan suatu yang mudah. bukan suatu yang kau buat sekali saja, tapi perlu istiqamah.
Perjalanan Hijrah ku yang pertama sekali ku teringat sewaktu tahun 2012. Seorang sahabat yang mengetuk minda dan hati, buka mata bahawa menutup aurat itu adalah Wajib bagi mereka wanita yang sudah Akil Baligh.
Alhamdulillah. Aku bertudung. Aku bawa diri yang zero knowledge ini kepada suatu keadaan yangaku tidak tahu bagaimana rasanya, tekanannya.
Sampai satu tahap mereka bertanyakan pelbagai soalan yang sehingga kini ku masih ingat.
"Kenapa bertudung tiba-tiba menang duit lottery ka?"
"Tiba-tiba bertudung baru dapat hidayah ka?"
and few more question yang menyakitkan hati.
Semua soalan itu ku biar tidak terjawab. Sebab bagi aku ketika itu aku hanya mahu menurut perintah Yang Maha Kuasa dan meninggalkan segala laranganNya.
Hingga satu Fasa, timbul perasaan nak buka balik tudung atas alasan panas. Stupid kan?
pada Fasa tersebut lah baru aku mengerti, hijrah itu tidak jalan jika kau tidak Ikhlas kerana-Nya. Hijrah itu juga tidak jalan jika kau tidak Istiqamah. Dan Hijrah juga tidak jalan jika jiwa ini terlalu erat mengenggam duniawi yang pasti ada penghujungnya. Hijrah ini juga tidak jalan andai kau tidak tahu perihnya Neraka Allah itu.
Maka mulai dari situ, aku belajar satu-satu. termasuklah bila bertudung, baju juga haruslah berlengan panjang kerana lengan itu juga sebahagian daripada Aurat. Ketika itu juga aku belajar memakai sarung kaki aka stocking sebab, kaki itu juga sebahagian daripada aurat.
-To be continued-, esok-esok Smoochie sambung pasal penghijrahan Smoochie.
with lot of love,
Smoochie

Comments