R I N D U



Assalamualaikum kawan-kawan *Lambai tangan*

Lama dah cik smoochie tak update something here. sebab Cik Smoochie agak sibuk lately.
well tengah mempersiapkan diri untuk hilang dari muka bumi sandakan.

Bersempena esok nak buka sekolah, ada lah sikit-sikit cik Smoochie nak kongsikan rasa "RINDU" pada certain moment yang memang takkan jumpa tarikh luput pada ingatan sekaligus nak bagi rasa kepada adik-adik yang ambil SPM tahun ni, betapa sedihnya nak tinggalkan sekolah, takut nak hadap SPM, annoying dengan classmate, and so on lah. well said, bercakap atas pengalaman sendiri.

 Pengalaman yang korang memang takkan pernah rasa dekat mana-mana tempat selain di tempat Kita menuntut Ilmu.

Bila dah SPM habis rasa bosan jugak 24 hour duduk rumah. yang dah kerja tu hah good good sebab apa? sebab lepas spm tak lah menternak Lemak kat rumah hari-hari. At least ada income sendiri walaupun penat bekerja right? tapi bila nak masuk waktu sekolah, tu time tu lah terimbau balik kenangan-kenangan masa first-first masuk sekolah. Sebab apa? sebab tak rasa, masa tu berjalan, kalau ingat-ingat balik, macam baru kemarin masuk tingkatan satu. Rindu nak rebut tempat duduk kat kelas. Tempat cik panggil "Hot Chair" Hahaha. memang bertungkus-lumus lah bangun awal supaya dapat tempat duduk yang kira okay. mana jammed lagi, kalau kat sabah ni jak, Namanya frst day school memang jammed tahap dewa gila cipan lah. Kena time hujan lebat lagi, memang tak hairan kalau pukul 8 masi ada student datang lambat. masa nak hadap SPM tu memang perghhh Sakit gila. dengan Homework yang menggunung mashaAllah. Tak tidur student oleh homework cikgu-cikgu.
Tapi itu semuanya sudah berakhir. RINDU nak buat benda tu semua. rindu pada diri sendiri bila lambat ke sekolah or what so ever lah. tapi SYURGA selepas SPM tu, sementara jer actually sebab apa? sebab bulan 3 dah result keluar after that tunggu panggilan sambungbelajar lagi, then mula lah peperangan, suasana yang baru semasa belajar. kalau macam cik, sekolah rendah sekolah campur, bila naik sekolah menengah sekolah semua perempuan so memang perasaan nak bergaul tu memang payah nak pupuk balik.

*perangai budak-budak exam. kan?*
but After SPM over, jangan nak happy sangat lah ada PLKN sedia menanti. So anda akan masuk kem dalam 3 bulan macam tu. Actually ciklayak ke PLKN tapi sebab alasan peribadi, dan Doktor kecualikan cik memang cik tak masuk lah PLKN sebab cik dah di kecualikan. so memang heaven lah kat rumah kerja asyik nak tidur makan tidur makan je. Soal best tak best tu sebenarnya dari diri sendiri juga, dari diri sendiri either yourself can accept the fact the fun of PLKN or not. bagaimana anda fikir pasal PLKN it will turned out as what you think.

itu pendek cerita pasal khidupan budak lepas SPM lah.
bila adik-adik ada ikut apa-apa pertandingan yang wakil sekolah, sampai peringkat negeri ke hapa, walaupun ada PERTELINGKAHAN SEPANJANG PERJALANAN, but trust me, It such a wonderfull memory that you will never ever forget. trust me. *Peace*

Bila moment pagi-pagi datang sekolah ayat pertama keluar mesti 
"Kau sdh siap kerja rumah?"
"Pinjam ba aku buku mu, aku mau tiru."
"Peduli lah salah kah nda, yang penting siap."
"Betul kau nda buat? ba aku nda buat lah jua"
"Tidak payah lah buat, jadi ramai-ramai kita kena denda."
and so on.
kenangan ini, memang takkan pernah lupa sampai kau habis U lah.

kalau macam cik, pengalaman kena denda tu banyak sangat dan denda yang paling best bila semua orang tak da dalam kelas sebab kena denda tak siap kerja rumah. memang pesta gila kat luar kelas.
then for the next day, keep repeating the same mistake.

banyak sangat unforgetfull memory yang korang takkan lupa nanti. And pasti menitiskan air mata bila di kenang-kenang.

Cuma satu benda nak cik pesan pada semua orang,

"Tak kisah apa pun yang berlaku, jangan putus asa selagi tak duduk berhadapan dengan kertas SPM until the end. jangan cepat sangat mengalah. kuatkan semangat meski you have to faced annoying person in your class. even you are having "HYPOCRITE" friend. senyum saja senyum saja pada dunia, sbab di enghujung hari, korang akan senyum puas sebab korang takkan jumpa lagi muka diorang for 3 months+++ dan lagi satu, Jangan TRUST sangat kawan korang. Nobody can be trust even you true friend, and what so ever lah."

boleh kan? janji, jangan tipu kawan, jangan tipu diri sendiri. create something yang bermakana suapaya boleh di ingat sepanjang masa bahawa Masa form 5 lah kenangan yang paling terindah dalam hidup.

jangan putuskan tali persaudaraan walaupun semasa menguatkan ikatan tali tersebut, sangat menyakitkan.






nampaknya malam pun sudah semakin menua, so kita beradu, rehatkan badan.

Selamat bersekolah kawan-kawan.
Salam sayang dari saya,

Cik Smoochie.

Comments

Papaglamz said…
Tu la Cik rindu.. Walupun that's the struggle time actualy. Lagi2 yg duk boarding school kan? Lun kerenah seniority, warden, makcik dewan makan, etc. But now. Bila dah tua, nnde tu la d knang smula. Lgi2 ble zaman teknologi wassap ni. Groul2 wassap zaman skolah timbul.. Giler... Mcam crte2 ade. Tang suka tapi simpn pn kluar. Hahah
The Kokobanana said…
@papaglamz:
perkara biasa, masa lalui tu semua perghh rsa nak "MAU HABIS SPM CEPATTT" tapi sekali sudah habis, rindu sampai air mata meleleh-leleh.

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.