B U L L Y `

Assalamualaikum kawan-kawan semua *Lambai tangan*
apa khabar? kalau sihat cakap

-Alhamdulillah-

Okay topik kita hari ni tentang buli.
well said, sebagai manusia yang pernah MEMBULI dan DIBULI, Hati tetiba nak post jer pasal benda ni. masa course work ICT hari tu pun buat pasal buli jugak. Kat dalam tu lah aku luahkan segala yang aku nak lawan masa kena buli.

Cik Smoochie bukan di buli tumbuk ke kena peras ke, tak bukan-bukan. kalau buli bab-bab tu, cik Smoochie lagi hebat lah kot sebab Cik Smoochie ni, Ex-Taiko. *Konon* hahaha
Buli ni ada banyak tau. Yang cik kena ni, Bully Psikologi. Di mana, kawan-kawan kat kelas buli secara psikologi dengan memulau, cakap belakang and so on lah. Nasib-nasib cik Smoochie mampu bertahan sehingga ke hari terakhir SPM tau. sebab Cik tau, diorang buat macam tu ada sebab.
Main reason sebab diorang "KURANG KASIH SAYANG DARI PARENTS" Bukan nak cakap apa, ni adalah hakikat sebenar orang yang membuli ni.


 diorang tak dapat perhatian yang penuh dari ibu bapa diorang so, lepaskan kemarahan dekat orang lain. SANGAT TAK BERTAULIAH KAN? pergi buat dosa, kalau dia pergi mengadu dekat Allah lagi elok.
Buka minda sikit yer kawan-kawan, buli bukan sekadar secara Fizikal, tapi secara Psikologi pun boleh, secara online macam ni pun boleh.

Masa tu, Cik overcome semua masalah tu, Cik just diam diri dan bertahan sehingga paper yang terakhir sebab Cik tahu, lepas SPM cik memang takkan jumpa muka-muka yang memang
BAJET TAIKO.

taiko lah sangat bila berhadapan dengan guru disiplin atau PK HEM terus takut. Tengok anjing pun lari. nampak tak poyo nya budak PEMBULI ni?

Macam-macam boleh berlaku kepada si Mangsa tau. kadang ni lah puncanya kenapa banyak orang terjebak dalam masalah Dadah, Rokok, Vandelisme. Sebab, pelajar yang kena buli ni, akan mengalami kemurungan, suka menyendiri, dan TIDAK MUSTAHIL, jika si MANGSA mencuba untuk bunuh diri.

Lebih-lebih lagi kalau tiada sesiapa yang pedulikan si Mangsa.

Kadang, cikgu pun bukan nak ambil peduli kalau pasal buli psikologi ni. paling-paling guru akan percaya kalau secara fizikalnya orang kena buli, lain dari tu pergh Pandang sebelah mata pun tidak kot.

satu jer lah cik nak pesan kepada semua kawan-kawan yang membaca Entry ni,

DON'T TRUST ANYBODY EVEN YOUR TRUE BESTFRIEND.
jangan nak trust sangat lah orang ni, even family ka best ever friend ka, sebab apa? sebab kita tidak menjangka apa yang mereka boleh buat di belakang kita. kadang, sebab duit mereka berubah, sebab education juga boleh menyebabkan mereka berubah. So? Berhati-hati dalam memilih kawan Lagipun Buli dan manusia tak dapat nak dipisahkan. Even ditempat bekerja pun still ADA JUGAK PEMBULI yang BAJET TAIKO. 

Rasanya, itu saja kot. Cik nak berundur diri Dulu. Salam sayang buat semua ^^)
~Cik Smoochie~

Comments

Papaglamz said…
Uihhhh... Kejam na...

Popular posts from this blog

Tutorial Edit Gambar.

Hakikat sebuah Persahabatan

Smile