S A Y A N G K U :')

Bismillahirrahim.

Assalamualaikum kawan-kawan *Lambai tangan*

Sihat tak? Jangan lupa ucap apa????

~Alhamdulillah~ *Jawab beramai-ramai.*

Yeay, pandai kawan-kawan semula.

Apa maksud entry kali ni?

Begini, maksud entry kali ni, berbunyi, *Ada ayat pandai bercakap eh?.. er jawab sndiri*

Saya merindukan sayang-sayangku semua.
siapa sayang ku itu?

Ya sahabat ku yang paling ku sayangi. 



Mereka itu yang sentiasa berada di sisi tatkala diri ini perlukan teman. Malangnya talian persahabatan itu kian renggang selepas masing-masing ikut haluan masing-masing pindah sekolah masuk asrama. Sangat sulit untuk aku jelas kan. sebab Bagi aku, aku belum menemui pengganti mereka.

Jalinan ukhwah ikhlas kerana Allah, kami terima dengan percaturan Allah mempertemukan kami di dalam sebuah majlis Ilmu semasa tingkatan 3. Belajar pada waktu yang sama, di kelas yang sama, sam-sama meniru ketika peperiksaan di pusat tusyen. mempunyai cita-cita yang berbeza, masing-masing membawa haluan masing-masing selepas pmr.

keputusan masing-masing pun memang baik. CEMERLANG orang kata. tapi bodohnya aku ni, aku tolak tawaran masuk MRSM .. hahaha hanya sebab ada satu mamat yang memang tak bngam dengan aku, dia masuk MRSM, mrsm yang sama pulak tu.. jadi aku sanggup tolak. semata-mata aku nak lari dari mamat tu. hahehiho.

manakala mereka yang lain, masuk MRSM walau tak sama MRSM namun, tali persaudaraan tetap utuh. masih jugak kami berhubung walau masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing.

dalam tu aku kenal lagi seorang kesayangan ku. Dia hadir dalam hidupku, cuba menguatkan hati yang goyah kuatkan semangat tatkala, semua orang kat sekolah, dah mula benci dengan aku sebab ntah aku sendiri yang tak pasti agak biasa lah kot kalau banyak orang dengki ni. Tapi aku redha sabar dan terus harungi hidup sehinggalah SPM OVER! masa tu masa perpisahan.

perpisahan yang paling aku tak ingin kan. Hingga lah hari ni. semua kesayanagn aku sudah mempunyai haluan hidup masing-masing. Masih berhubung. Berhubung melalui doa.

Mereka lah yang mengajar aku apa itu erti sahabat.. Semuanya kerana mereka.



Sayang mereka.
Moga, apa yang tali ukhwah kami tidak akan terlerai tetapi makin kuat ikatannya agar Nilai persahabatn itu, tidak terjejas begitu sahaja.

semuanya terlalu indah. Percaturan Allah begitu Indah. sangat Indah.

Kalau yang lain tu ada kawan, jangan gaduh-gaduh yerr. bila dah bergaduh tu, em, jangan tak berlayan lebih tiga hari pulak. masing-masing minta maaf sebab percaya lah, Meminta dan menerima maaf itu perkara yang baik.

so?

Jaga kawan kita baik-baik. sebab belum tentu kita dapat jumpa kawan macam mereka suatu hari nanti. Kawan macam mereka ni takda clon ny tau.

em, that it is. Admin mengundur diri, salam sayang
Cik smoochie.

moga bertemu lagi dalam entry yang seterusnnya.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.