S I H I R

Assalamualaikum w.b.t
how are you?
sihat? Alhamdulillah kalau sihat.

hari ni, tempat Admin, hujan lebat. tempat readers pulak apa macam?
hujan-hujan macam ni sejuk sangat. Nak sangat terlelap.
namun Admin, gagahkan tangan taip sesuatu yang agak menarik perhatian untuk dikongsikan bersama.

benda ni agak seram for Admin actually. sebab benda ni agak berat jugak untuk dikongsikan bersama, namun takpa, Admin can handle this. oraite ;)

Okay Sihir?
" Sihir ialah kerja sama antara tukang sihir dengan syaitan, tukang sihir akan melakukan  perkara-perkara yang haram atau syirik dengan bertujuan mendapat pertolongan dari syaitan kepadanya dan patuh setia syaitan untuk melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh tukang sihir."

bahaya sangat sihir ni boleh bawa maut. Sihir ni banyak kategori dia. But yang paling famous memang banyak nak Sihir sampai mati lah cerita nya. well. Aku ada jiran dia kena sihir. Tiap malam jumaat memang dia akan muntah darah punya lah. kadang tolong jugak keluarga diorang bawa ke tempat 'pusat perubatan islam' jadi banyak jugak dengar cerita dari dia. dia kata dia tu selamat sebab SOLAT tak tinggal ada pendinding

masa berubat dengan yang pakar kat pusat perubatan islam tu, memang banyak lah dia merapu. benda tu siap nak dia Mati sebab jiran admin tu orang yang memang workaholic boss pun memang dah jatuh cinta dengan setiap hasil kerja yang dia buat. pendek kata PERFECT! dah tu orang ni buat dia siap dia berhenti kerja. nasib dia ada husband yang sentiasa di sisi. agak kesian jugak lah nampak keadaan dia ni. 

dari cerita jirang ni ada yang Admin nak kemukakan. Iaitu:
~Punca Sihir~
- majoriti punca sihir berlaku sebab CEMBURU, IRI HATI, SAKIT HATI, DENGKI, HATI HITAM atas kejayaan, kepandaian, kecantikan, kelebihan dan everything yang menimbulkan rasa iri hati.
- punca sihir jugak berlaku atas sebab banyaknya DRAMA DRAMA MELAYU yang buat sihir. okay senang cerita, apa kata pengarah-pengarah di Malaysia ni, cuba ELAKKAN LETAK ELEMEN-ELEMEN yang BERUNSURKAN SIHIR. kenapa?
sebab sesetengah manusia yang 'HATI LONGKANG NI' belajar dari drama yang diorang tengok. Tak kisah lah drama ka movie ka apa ka, diorang akan belajar dari drama dan movie yang ditayangkan, so? dalam erti kata lain, Industri perfileman ni, banyak mengajar manusia yang berHATI LONGKANG mempunyai Idea untuk melakukan dosa besar.  
Cara untuk kita hindarkan diri daripada terkena sihir:- 
- SOLAT! ulang suara SOLAT!. korang mesti solat doa banyak-banyak minta dijauhi oleh gangguan jin, syaitan dan sihir.  well solat tu boleh di kira pendinding lah. lepas solat tu rajinkan diri lah untuk baca ayat 3 Qul kemudiannya baca lah Yassin. InshaAllah dengan kuasa KEBAIKAN mampu mengalahkan kuasa KEJAHATAN. okay :)
- Banyakkan baca ayat-ayat Al-Quran lah sayang. Biarkan kalimah suci Allah tu melindungi kita. kita just Hamba yang lemah tak berdaya memang mengharapkan belas kasihan dan perlindungan daripada yang Maha Esa. 
Langkah untuk menjauhi Sihir pulak? 
lah tuu senang jerr. 
-BERSIHKAN HATI yang dah tersumbat dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. macam dengki, cemburu tak tentu pasal akui kelemahan diri. 
eh macam susah jer tu bersihkan hati kan?
~Tak susah kalau kita permudahkan. Bersihkan ia, cuci ia dengan kalimah-kalimah Allah. pasti pasti pasti Hati ni takut mau buat kejahatan sebab kita dah bersihkan dengan nilai-nilai keimanan.

actually yang lain tu korang boleh fikir la baik buruk SIHIR ni. but for sure, TAK MENDATANGKAN KEBAIKAN langsung okay? kita dah matang, pandai berfikir jadi gunakan lah Akal fikiran tu sebaik-baiknya. senang cerita :D

Memang takat ni jer lah Ilmu yang Admin dapat kongsikan. Admin nii bukannya tahu sangat pasal benda-benda ni. Tapi Admin cerita, bagi idea, bagi cadangan berdasarkan pengalaman. Sebab Admin dah banyak sangat jumpa orang yang kena sihir. Pengalaman memang luas lah memang orang kata MAIN POINT orang buat sihir ni cuma satu jer, DENGKI. yang lain-lain tu sekadar kotoran sampingan yang melekat di hati.

Apa-apa pun, kalau saya silap sila perbetulkan... hanya mengeluarkan Idea yang menari-nari di Minda.

Apa-apa pun, Admin kena chawww dulu. semoga bertemu lagi dalam Entry yang seterusnya.
Salam sayang ^^)` Cik Smoochie.
:))

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant