Kasih yang Abadi

Bismillahirrahmanirrahimm.

ehem, ehem.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.

Sihat dok? kalau sihat tu jangan lupa ucap Alhamdulillah. sebab apa? Sebab kita masih ada kesempatan untuk Berhutang dengan Allah. HUTANG??
Yeap hutang. Engko ingat engko semua hirup udara segar tu bukan hutang ka cik kak bang makcik pakcik oi??

kalau dah Lunas kan tu Alhamdulillah.



Bagaimana nak Lunaskan Hutang??
eishh takkan tak tahu? SOLAT LERR. solat tu bukan setakat bayar hutang, tapi untuk mendekatkan kita kepada Ilahi. a.k.a Sang Pencipta Alam semesta.

Bila kita solat, hati tenang. sebab dalam doa, kita luahkan segalanya walaupun Allah dah tahu apa yang kita nak luahkan sebab diakan Maha Mengetahui..
Bila dah Luah, hati tenang. Bukan takat tenang jerr. dapat menyemai kasih dari Ilahi. kasih apa tu?

hahh Tu kasih yang Abadi. Kasih yang tiada tolok bandingnya. Kasih yang tidak berbelah bahagi dan tidak berat sebelah. Rata buat semua Hambanya.



~Cinta yang tidak menyakiti, dan tidak disakiti.~
Cinta dari Ilahi.

Allah sayangkan kita. terutamanya kaum Hawa. sebab Hawa itu terlalu bernilai. Ibarat permata di dasar lautan yang menjadi rebutan jutaan penyelam di dunia ini.

~Sebaik-baik perhiasan dunia, ialah wanita yang solehah~

Wanita itu kaum hawa lah kan? Hawa sangat bernilai siap diibaratkan dengan gula-gula yang berbungkus dan tidak berbungkus. kenapa?

sebab wanita yang MENUTUP, MEMBALUT auratnya(Gula-gula berbungkus), tidak akan dikacau oleh budak jalanan(Budak Samseng) a.k.a (lalat yang mahu hinggap pada permukaan gula-guka tersebut)
. SEBAB ORANG TAKUT KOT NAK SENTUH.
 berbanding yang menonjol,
yang berpakaian ibarat tidak cukup pakaian tu(Gula-gula tak berbungkus), sebab yang tidak cukup pakaian tu yang menaikkan nafsu mereka, jadi, mereka pun kacau lah(lalat hinggap dan jilat-jilat pada permukaan gula-gula yang terdedah pada persekitaran), tapi boleh pulak diorang marah dengan lelaki sebab kena kacau padahal diri sendiri yang salah betul tak?



hah.. Allah dah seru kaum Hawa supaya berpakaian sopan(Menutup Aurat! bukan membalut). Sebab nak lindungi diri hawa tu sendiri lah. Lagipun Aurat yang tertutup kemas itukan hanya buat suami yang tercinta. Bukan untuk tatapan yang bukan halal buat diri kita. kesian lah kut kat Bakal Suami dapat yang sudah dihinggap lalat. *Eish eish eish. Tak patut, tak patutttt*
Namun!
Lebih elok dibalut daripada langsung tidak ditutup dan terdedah begitu sahaja!!

Dengan seruan Allah kepada kaum Hawa untuk menutup Aurat, tu dah menunjukkan Allah tu sayang kita lah kan? cuma kita jer yang tak perasan semua tu. Asyik ingatkan duniawi, leka dengan duniawi yang tdak berpenyudah dengan dramaa. *Sob..sob..sob*



Bagaimana nak meraih kasih yang Abadi ni? solat. bukan setakat solat wajib, yang sunatpun sama. Berpuasa jugak. Laksanakan yang Wajib dan Sunat. Qiam ni pun salah satu langkah untuk meraih kasih yang Abadi.

Namun begitu,
PARENTS, a.k.a Ibu Bapa kita yang tercinta, kita harus hormat dan sayang seperti kita sayangkan makwe dan pakwe. sebab apa? Ibu bapa merupakan orang yang berjasa, dan banyak mengorbankan tenaga, duit, masa, dan segala-galanya hanya untuk membesarkan kita. *Sob..sob...sob*

sebab tu lah, redha Allah juga terletak pada kedua-orang tua kita. Jika Orang tua kita, especially Ibu murka kat kita, maksudnya, Allah pun murka kat kita.
~Kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan Ibu terhadap kita~
Jadi, tak salah kot kalaukita hormat dan sayang Ibu bapa kita.

daripada asyik pak we mak we yang ingat dok hormat tapi tak berikan apa-apa pun tuk kita cuma berikan kita dosa.

Hahhhhh?!!!!! DOSA?

ye lah Dosa, kau buat zina Hati tu weiyh, takde istilah COUPLE ISLAMIK. kalau dah masing-masing dah suka, baik terus bina masjid, sekurang-kurangnya terhindarlah daripada melakukan Maksiat... kan? tak gitu? sekaligus, tak lah Allah tu murka kat kita, tapi Allah berikan kita kasih sayang Yang Abadi..
Kasih yang tiada dapat siapa pun berikan...

Tak usah lah kejar sangat cinta manusia yang menyakitkan sedangkan cinta yang memberikan kasih sayang yang Abadi itu ada depan mata, tapi kita sntiasa saja lupa pasal benda tu *Lap air mata*

sekadar perkongsian malam ni. Maaf kalau ada tersinggung.
Kita sama-sama beringat, dan muhasabah diri masing-masing. Jangan risau yang korang baca ni, cuma korang jer yang tahu sebab jawapan ada dalam diri sendiri kan?

kata Opah ~Tepuk dada tanya Iman~ *Kenyit mata*



Salam sayang,
Cik Smoochie

~Moga bertemu dalam entry yang seterunya.
Wassalam.. *Tutup pintu*


Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.