S A K I T

Tatkala diri ini jatuh lemah longlai tidak berdaya, tatkala otak penat berfikir. buntu akan jalan keluar, Aku baring dengan tenang. merenung kedalam sendiri, berapa banyak dosa yang sudah aku curah-curahkan sehingga aku tidak sedar, betapa KOTORNYA diri ini.

sehingga...

Allah timpakan sakit kepadaku sebagai pencuci dosa. Sedangkan dia tahu aku kuat dan mampu tangani sakit itu. Namunnnn tatkala diri ini, perlukan bahu untuk menangis, tiada siapa yang hadir.
Tatkala air mata ini turun membasahi pipi, tiada siapa yang sudi bertanyakan "KENAPA"
tatkala tulang belakang mula rapuh, tiada siapa yang mampu gantikan.

tatkala kita ingin meluah sesama insan, juga tiada mereka disisi.
Aku teruskan kehidupan yang pahit itu dan cuba atasi satu per satu meski pahit bagai hemp[edu di telan.

Aku rindu "KAMI" yang dulu, bahagia, saling melengkapi, ada tatkala diri ini diperlukan.

Namun....

sekarang tidak lagi. perit itu di tanggung sendiri. Sibuk dengan kerja masing-masing.

Kadang bila diri ini Alpa yang ada DIA sedia menanti membuatkan diri ini tidak berguna hidup. Terasa bodoh dan hina. MENGAPA PERLU CARI ORANG YANG MEMANG TIDAK PERLUKAN DIRI KITA SUDAH? KENAPA PERLU MERAIH SIMPATI DARI MEREKA YANG MEMBENCI MELIHAT DIRI KITA? MENGAPA PERLU MENCARI MEREKA YANG SENTIASA MENCACI DI BELAKANG KITA.

MENGAPA?

MENGAPA PERLU CARI ORANG SENTIASA TIPU KITA? TIPU DENGAN PEMBOHONGAN YANG HEBAT!

Sehingga diri ini, memilih untuk hidup sendiri. hidup sendiri tanpa ada siapa pun kenal diri ini. tanpa ada yang peduli siapa pun diri ini. sehingga hingar-bingar dipasar tidak lagi kedengaran. Desiran ombak pantai juga tidak lagi di dengari. Dipekakkan dengan kebisuan yang melanda diri sehingga tak mampu untuk ucapkan apa-apa.

sehingga buta kerana ledakan air mata yang mencurah tanpa henti.; Hingga kelat pipi dek basah kerana mutiara.

Hilang hati dan perasaan.

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.