Ilham

Bismillahirrahmanirrahim.



Ilham itu datang setiap masa. Cuma kadang selalu terlepas dari genggaman. Ketika malam menjelma, Ilham datang untuk paksa diri mencoret sesuatu, hati bisik 'Esok pagi lah taip. mau tidur' keesokannya Ilham lari sekali lagi tanpa di sedar.

Lantas pada pagi itu, fikiran ini terus teringat pesan Murobbi sebelum ini, Ilham, Ilmu itu ibarat kuda yang liar, kita perlu ikat dia agar dia tidak terlepas dari genggaman.

Bagaimana kita ikat?

Dengan menulis pada sekeping kertas dan di simpan serta di baca pada bila-bila masa. Maka, Ilham dan Ilmu itu tidak pernah terlupus dari ingatan tidak pernah terlepas dari genggaman kerana ikatannya kuat.

Tapi Sis teringat lagi, genggaman itu goyah bila mana kita tidak pernah mengulangi, mengongsi, dan memberikan Ilmu, Ilham yang kita perolehi. Sebab Ilmu dan Ilham ini tidak akan datang mengetuk kotak minda tanpa Izin dari yang Maha Berkuasa, yakni Allah s.w.t..

Pagi itu juga minda terus menerus terkenangkan film Rudy Habibie the sequel from film Habibie dan Ainun, bahawa Ilham itu boleh datang dari manusia, dan pada bila-bila masa sahaja, Ilham itu datang dari sudut lain pula seperti makanan.

Sebut pasal Makanan,

Sis buat takoyaki sebagai sarapan pagi. Adunan tepung berpandukan resepi yang dijumpai oleh Pak Cik Google.

Dalam resepi tu suruh campurkan Kicap Teriyaki atau kicap biasa sebanyak 1sk ke dalam adunan tepung. Jadi sis pun tambah lah. Elok-elok tepung tu warna putih suci murni, bila tambah kicap sedikit, warna putih mula nampak gelap tapi belum gelap sepenuhnya.

Langsung Sis teringat "kerana Nila setitik rosak susu sebelanga." yang membawa erti kesalahan diri yang menyebabkan orang lain juga turut dihukum.

Analoginya di sini,

Kalau kita buat jahat sekali, titik hitam akan mula muncul dalam hati, tapi persoalannya sejauhmanakah kita tidak akan tumpas dengan godaan Syaitan sehingga menyebabkan hati kita yang merah menyala bertukar jadi hitam dan mati. Hanya kerana satu titik yang ada itu lama-lama ia akan merebak dan membusukkan seluruh bahagian hati sehingga ia mati.

begitu juga pada asalnya setitik nila yang jatuh pada susu. setitik itu sudah mampu merebak dan merosakkan susu putih tersebut.

Sama juga konsepnya, dengan setitik kicap yang dituang ke dalam adunan tepung lama-lama ia akan merubah warna tepung tersebut.

Jadi mengapa berbuat jahat lagi? sedangkan berbuat baik itu lebih mulia dan lebih mensucikan hati. Manakala berbuat jahat hanya membuatkan hati ini sakit dan mati.

seperti kita memilih,

Bahagia atau Derita?

With heart,
Smoochie.

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant