Tinta Hati
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Si Kerdil ini memohon keizinan untuk menguatkan ikatan tali pengharapan yang semakin lama semakin rapuh dek kerana kejatuhan iman
dengan keizina-Mu, si kerdil ini ingin membungkam sebuah rasa yang senantiasa hadir tatkala diri lagi kesamaran.
Tuhan,
mengapa manusia itu terlalu pelik?
mereka dibantu diberikan kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan,
tapi mengapa mereka sering melupakan mereka yang menjadi tulang belakang untuk diri mereka?
Tuhan,
Manusia yang kau cipta dengan penuh keindahan dan kesempurnaan,
mengapa sering mereka lupakan tangan-tangan lembut dan damai yang sentiasa menyahut tatkala mereka jatuh ke dalam jurang kegelapan?
Tuhan,
hati ini bertanya lagi,
mengapa manusia itu pendiriannya terlalu cepat berubah?
saat keindahan baharu menyapa diri, mereka langsung alpa dengan keindahan yang sebelum ini,
mereka jadikan sisa sampah tak berguna
sedangkan yang lama itu sebenarnya lebih jauh berhikmah.
Tuhan,
lagi hati ini bertanya,
mengapa manusia yang kau cipta, kau kurniakan rasa kasih dan sayang,
tapi sering berlaku kejam?
tatkala permata diberi, busar panah dibalasnya.
Tuhan,
mengapa manusia yang kau kurniakan perasaan kasih dan sayang itu sering berlaku kejam?
tidak pada orang lain tetapi pada diri nya sendiri.
mereka menyakiti orang-orang yang mereka sayangi
sedangkan, mereka tahu rasa sakit itu akan menyakiti diri mereka sendiri.
Tuhan,
18 tahun Engkau berikan nafas ini,
pahit manis si kerdil ini tempuhi,
mengajar sebuah erti keikhlasan dan kesucian hati
Apa hati yang Engkau pegang ini, sedang rapuh dan sakit dari mengingat-Mu Tuhan?
lantas kau jentik sejenak mengingatkan aku hanyalah si kerdil yang hina di mata Mu ya Rabb?
cukup banyak nikmat kau berikan,
seluas langit terbentang,
malangnya aku si kerdil yang malang lalai dari memanjatkan rasa syukur kepada-Mu ya Rabb.
apa itu sebabnya acapkali kau jentik Tuhan? biar aku sedar aku ini sangat memerlukan pertolongan dari-Mu
Tuhan,
aku yang kerdil di mata-Mu ini memohon agar tali pengharapanku terhadap-Mu tidak goyah kerana pada tali ini lah, pengharapanku sering bergantung kepada mu Allah yang Maha berkuasa. Tidak putus ku meminta kepada mu agar Imanku tetap teguh untuk Mu, agar hati ku selalu mengingati Mu, agar aku sentiasa ingat bahawa kebergantungan ku itu hanya terletak pada mu Ya Allah ya Tuhanku, Rabb yang maha pengasih dan Maha Santun.
lot of love,
Smoochie

Comments