Hujan dan Bunga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Cik curi sedikit masa yang sepatutnya diisi dengan kerja assignment yang membukit tinggi. fuhhhh

kali ni smoochie nak cerita pasal hujan dan bunga.

bagi cik dua benda nih sangat related dengan kehidupan kita as "H U M A N  B E I N G"

ye lah at one time bila kau jatuh dan give up rasa macam taknak bangkit semula, hati kau pula ditoreh-toreh tanpa belas ehsan sampai kau hitam kan hati batu kan ego benci kepada orang yang menoreh itu.

tapi cuba kita tengok pada hujan.
setiap kali dia datang dia tetap jatuh. Walau hujan tahu kalau dia datang buat kesekian kalinya dia tetap jatuh berkali-kali
.
.
.
kita boleh related benda ni dengan hidup kita yang acapkali tersungkur. Kita perlu jadi seperti hujan tetap datang dan bangkit meski tersungkur ke dalam jurang yang dalam walaupun pabila kita tersungkur, sakit yang dirasakan tu bagai memaksa diri telan hempedu.

bila kita melihat pada prospek bunga pula, cuba kita tengok pada bunga-bunga yang mekar dan sering memberikan harumannya meskipun kepada orang yang selalu menghancurkannya (Petik dan buang)
.
.
.
Kita boleh relate lah dengan hati kita. biarkan orang toreh, hiris, tusuk, robek hati kita, kita lemparkan saja senyuman pada mereka. meskipun perbuatan itu di ulang-ulang berulang kali. Tak perlu dibalas. Yakin saja Bumi itu bulat mungkin hari itu hari nya esok lusa hari kita pula.

Pertolongan Allah itu sentiasa tepat pada waktu. Cuma perlu kita bersabar saja. Walau sekejap.

So jadilah seperti hujan dan bunga.

Tetap bangkit walau acapkali  terjatuh dan tetap memberikan haruman meski kepada tangan-tangan yang menghancurkannya.

~Related ke? hewhewhew

With Love,
Smoochie :')

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial Edit Gambar.

Hakikat sebuah Persahabatan

Sweet tweniwon