Penipuan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

It is been long time. and yes I'm come back.

Penipuan? yeah malam ini kita akan berbicara soal penipuan.

ada orang, dia menipu kerana terpaksa.
ada orang menipu bersebab.
ada orang menipu suka-suka,
ada orang menipu kerana malu,
ada orang menipu kerana cinta.

terpaksa sebab perkara itu mungkin menyakitkan hati semua pihak. terpaksa juga mungkin sebab menjaga hati. terpaksa juga mungkin sebab tidak mahu dikecewakan dan mengecewakan.

bersebab atas alasan yang kukuh dan masih boleh diterima akal alasannya.

suka-suka sebab dia mungkin suka menipu. suka tipu orang disekelilingnya. atau memang suka mencium manusia dengan penipuan.

kerana malu untuk berterus terang. mungkin menipu soal hati. siapa tahu kan? manusia ini lahir sifat malu yang semula jadi tak kira wanita mahupun lelaki. dan kadang kerana tidak mahu melukakan diri sendiri terpaksa menipu diri sendiri. menafikan perasaan misalnya.

kerana cinta? aha! kebanyakan orang suka memberikan ciuman penipuan daripada tamparan kebenaran. tapi sejauh mana rahsia atau penipuan itu bertahan lama? -FIKIR-.

Jika manusia itu tidak ada yang Mulut celupar, gatal sangat kerongkong untuk membuka rahsia atau penipuan orang penipuan tetap akan tersimpan. DAN KERANA manusia itu tidak sempurna, penipuan tidak akan kekal lama. pasti akan terbongkar.

tapi, mengapa kita tidak boleh berfikir tentang penipuan yang dilakukan. what i mean bersangka baik. misalnya dia menyamar, mungkin sebab malu untuk berhadapan dengan orang yang dicintainya, kenapa perlu manusia yang menipu itu dihukum terus menerus. apa kesalahannya terlalu berat untuk dimaafkan?

kenapa mahu marah membabi buta?

Itulah sebabnya, manusia tidak boleh terlalu beremosi. TAPI macam saya katakan tadi lah, manusia itu tidak sempurna. tapi jangan biarkan emosi itu mengawal diri. sebab apa? tindakan yang terhasil drpd emosi MENYAKITKAN. yes definitely menyakitkan. bukan setakat menyakitkan diri sendiri, tapi menyakitkan pihak lain juga.

YA MEMANG SUSAH. MEMANG SUSAH untuk puaskan hati semua pihak. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba. cuba untuk tidak menyakitkan sesiapa. Jangan bertindak mengikut emosi yang membawa kepada kehancuran.

sekurang-kurangnya, bila penipuannya terbongkar, cuba bawa berbincang, minta dia jelaskan dari A-Z knp dia menipu. kenapa harus dia menipu. tanya dan bincang baik-baik. bukan diamkan diri, menghukum orang tanpa dengar penjelasan yang cuba disampaikan oleh si penipu.

Ada otak? fikir. Ada telinga? dengar. Ada mata? tengok. Ada mulut? tanya, suarakan lontarkan bukan menghukum dengan menyepikan diri atau menjauhkan diri daripada si penipu.

Ingat, everyone deserve for a second chance.

Jangan biarkan emosi mengawal diri.

End.

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.