Perokok, merokok, dirokok, ... eh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan, cik cik dan encik encik sekalian.
Apa khabar ? Sihat? Jangan lupa ucap Alhamdulillah.
sekarang bukan lagi jarang, tapi ada lah bulan terakhir untuk saya mengupdates kan diri ke dalam mana-mana blog "TERchenta saya ini. well sebabnya ... SPM WEH SPM SPM SPM. don't you want to struggle even once in your life ? for future. disebaban bulan 7 ni semuaaaaaa kerja kursus telah habis, then aku akan serah balik kepada warden laptop dan handphone ni. (Warden : Sister) in sha Allah panjang umur after SPM kita jumpa balik dan borak panjang-panjang ok?

okay back to the main topic.

kepada perokok-perokok diluar sana, disini saya nak beritahu bahawasanya,
kalau anda nak merokok PLEASE JANGAN DI TEMPAT AWAM. tidakkah anda tahu bahawa orang yang menghidu asap rokok lebih cepat mati berbanding yang merokok ?
Kalau dalam bas, kesian lah wei dengan penumpang penumpang lain yang tak suka bau rokok. Lebih-lebih lagi kalau ada ibu mengandung. kesian weh kesian.
dah terang-terang kot ada lekat kat depan mata "NO SMOKING". tapi agaknya mereka tak tahu nak baca sebab tu diorang merokok juga.
kalau nak suruh "PENGHISAP ROKOK" ni berhenti memang satu tugas yang amat sukar lah sebab benda dah sebati dalam diri, cakap kunun cadburry ada babi lah haram lah but actually "ROKOK JUGA HARAM" dah berbuih-buih kot ulama-ulama cakap merokok ni membahayakan kesihatan. dan "PERKARA YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ADALAH HARAM! saya ulang "HARAM HARAM HARAM!" rasa nak jerit jer dekat telinga orang yang merokok.
bukan nak emosi lah awal-awal pagi, cuma rasa tak puas hati lah bila naik bas, orang yang duduk depan merokok, duduk tepi merokok dan di belakang merokok, kita yang tak merokok, tak suka hidu bau rokok tersepit dengan kedudukan orang-orang yang merokok, alahai ....

marilah kita cuba ubah situasi yang duduk tersepit tu anak-anak korang ke, awek korang ke, pakwe korang ke, isteri korang ke, ibu korang ke, hah, apa perasaan anda ? tak rasa macam nak lempang jer satu-satu muka-muka si perokok ?
lagi satu aku tak faham apasal nak merokok ? release tension ?
baik kau makan daripada kau bazir duit beli rokok then at last kau bakar. rugi rugi rugi rugi.
elok kau bagi duit yang kau nak beli rokok tu sumbang kat masjid ka, apa ka. but please don't bakar.

teringat pula satu pakcik tu dia ckp "budak-budak yang main mercun ni suka bazir duit, beli mercun then bakar, beli then bakar, sama macam bakar duit diaorang." sambil hisap rokok dia wehhh dia cakap macam tu.
then aku just wondering, jadi dia beli rokok then bakar bukan sama maksud dengan beli mercun then bakar ?

so kepada perokok-perokok di luar sana, bersempenaan bulan ramadhan ni cuba lah k. CUBA CUBA CUBA CUBA berhenti merokok. tak salah pun kalau anda berhenti merokok. kalau tamau sangat berhenti, TOLONG HORMAT ORANG YANG TIDAK MEROKOK k ?

rasanya itu saja.
Saya end Entry Assalamualaikum.
With Love,
Cik Wani.




Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.