Aku

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum and salam sejahtera *Peace sign*

Smoochie bukan gadis yang lemah lembut hehehe. smoochie ni ganas sikit perangai boyish sikit.

Motif Smoochie bagi tau?



Al-Kisah dia berbunyi macam ni ...

dulu masa Smoochie sekolah menengah, Smoochie sekolah kat sekolah yang all girl pelajar dia. takdak pelajar lelaki pun biar sorang. Cikgu pun tak ramai. Ala kadar jer lah majoriti cikgu perempuan. dah tu Smoochie ni Pengawas, ketua bahagian Disiplin dan Kedatangan Lewat so memang agak kasar lah bila berhadapan dengan pelajar trouble maker.

Tambahan lagi, (Aduh macam buat karangan lah pulak) adik beradik Smoochie semua girl cuma Adik angkat sorang je lelaki tu pun tak tinggal dengan smoochie dia tinggal dengan Mak cik hehehehe. Antara adik beradik, smoochie lah yang paling kasar yang perangai boyish sikit.

dulu pun Smoochie masa tak bertudung lagi, rambut agak kelakian sikit sebab dari Smoochie kecil Smoochie kawan dengan budak laki je. tu yang agak boyish perangai. Lagipun masa Mak Smoochie kandungkan Smoochie Mak dan Ayah nak sangat anak lelaki mungkin sebab tu kot Smoochie agak boyish hehehe...

tapi semenjak Smoochie pakai Hijab Smoochie pun mulalah ubah perangai boyish dari yang tak tau malu, dah pandai malu-malu. Dari bergaul dengan lelaki tak jaga ikhtilat, sampai lah jaga ikhtilat tak gaul sangat dengan laki macam dulu. heeee masih dalam proses membaiki diri lagi.

So sekali masuk Pra-U ni, rasa macam kejutan budaya juga lah, walaupun sekolah rendah campur dengan lelaki tapi time tu tak matang lagi, dalam fikiran asyik ingat nak main saja bila masuk sekolah menengah so rasa selesa bila semua perempuan dah pra-U duk belajar sekelas dengan lelaki agak kekok lah. Kawan-kawan baru termasuklah kawan lelaki semua tegur sebab perangai dah terlalu "KASAR" terbawa-bawa dengan perangai kat sekolah lama. sorry lah korang tapi inilah diri Smoochie yang sebenarnya... Kasar dan boyish sebab Smoochie berpegang dengan prinsip Smoochie sendiri.

So Smoochie masih dalam proses melembutkan diri Smoochie sebenarnya. Orang kata benda yang sudah sebati dengan diri memang agak susah nak berpisah dengan diri kannn?

so sampai sini sajalah dulu, Smoochie minta diri dulu.

Tatatititutu,
Tinta,
Smoochie.

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial Edit Gambar.

Hakikat sebuah Persahabatan

Smile