KAU AKU

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...
apa khabar sahabat2 sekalian? -jangan lupa ucap Alhamdulillah- tau...

kau aku ?
kadang aku duduk terfikir, kenapa aku tak pernah nampak kau sebelum ni. kenapa asyik si Batman yang muncul. Aku pelik satu perkara, even si Batman tu sudah tiada aku masih lagi rasa berdebar irama jantung tidak seirama nafas yang dihembuskan. Tidak setenang sedamai yang dulu. Dari dulu hingga sekarang aku tidak boleh melihat wajahnya. hanya mampu berdiri dan tengok sahaja dari jauh. siapa dia sebenarnya? yang berjaya menyakitkan hati batu keras seperti besi yang susah untuk dileburkan. Yang berjaya mengugurkan air mata yang agak susah untuk dikeluarkan melainkan satu pelukan.
kadang aku terfikir sendiri, kenapa orang selalu cakap aku ni tiada hati dan perasaan. dan aku dapat teka jawapan itu mungkin sebab aku ni seorang yang mulut laser, aku bertindak ikut suka hati aku. dan sekarang persoalan yang tidak terjawab hingga sekarang Kenapa perlu dia malukan aku begitu? layan aku tak ubah seperti sampah. sedangkan aku juga manusia. Layak untuk menerima layanan sebagai manusia. Tak pernah terlintas di benak fikiran aku berniat untuk sakitkan hatinya. dan sekarang aku lakukan yang tidak pernah aku fikirkan. 
melihat dia dari jauh bersama seseorang yang menjadi musuh dalam hidup ini lagi menyakitkan hati. kemudiannya aku mengambil seribu langkah untuk menjauhkan diri untuk mengelakkan diri daripada terus disakiti unutk kesekian kalinya.
aku sanggup berjalan di bawah hujan unutk menyembunyikan air mataku. Aku sanggup berpura-pura ketawa sedangkan aku menahan hati yang bengkak tidak dapat di ubati.
Aku sanggup berpura-pura buta dan pekak daripada hinaan-hinaan mereka, sebab aku tahu aku ada kehidupan dan AKU LAYAK UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN. macam lah aku kisah sangat apa yang orang cakap pasal aku. -_-

setelah fikir semasak yang mungkin akhirnya aku bersetuju untuk masuk ke kem PLKN. biarlah sebagai langkah untuk aku larikan diri. Maksud aku first destiny after SPM nanti. Terima kasih kerajaan -eh?- 
aku nak larikan diri ke tempat di mana tidak ada orang kenal aku. Aku nak tinggalkan keluarga aku, bestfriend aku, orang-orang yang aku sayang. biarlah aku Mencari DIA baru cari dia balik. 
Tunggu hingga hati ini sudah pulih sepenuhnya aku akan pulang semula ke tanah air. 
~Life must go on~

~kenapa kamu nak sakitkan hati sendiri? nenek tengok you guys are hurting each other. saling menyakitkan antara satu sama lain, tapi sebenarnya diri sendiri yang tersakiti.~ -Opah-

aku tunggu kata maaf dari mulut mu sehingga nafas ku terhenti. Hanya kata maaf dari bibir mu yang ku nanti-nantikan. Tiada kalimah lain selain Kalimah Maaf yang aku nanti-nantikan sejak perbalahan hari itu. :')

Yang benar,
Cik Orkid. a.k.a Cik Wani.


Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.