M A R A H
Mereka kata marah itu tandanya sayang,
marah tandanya cinta
tapi bila seseorang marah, aku tak nampak pun tanda kasih sayang yang dia cuba salurkan.
aku tak nampak pun tanda cinta yang orang tu tunjukkan.
aku tak rasa biar sedikit pun rasa perasaan kasih yang dia cuba sampaikan melalui api yang membara dalam dirinya.
yang ku lihat hanya api yang semakin marak dek kerana tumpahan minyak tanah
yang ku lihat hanya hanya seekor kucing comel yang bertukar menjadi singa yang ganas.
yang ku lihat hanyalah seorang manusia yang terkenal dengan budi pekerti bertukar menjadi raksasa.
sedang aku yang melihat menitiskan peluh ketakutan. Air mata saksi pertukaran yang baik kepada jahat. Nafas penuh dengan trauma. Ingatan tak lupus biar sedikit. Sedang bermimpi di hantui.
Di manakah marah tanda sayang yang di warwarkan manusia seketika dulu?
Apa aku tidak melihat atau aku yang buta kerana takut yang menguasai diri.
Aku buntu.....
Comments