CERITA

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum ...

Again, Cik Smoochie kembali.

Cerita layar kehidupan seseorang itu berbeza-beza. Susah Senang ataupun Miskin dan Kaya.

Kadang bila Allah itu berikan ujian kepada kita di mana kita merasakan ujian itu seolah-olah terlalu berat untuk kita uruskan, berat untuk kita hadapi kita terlupa dengan yang bernama "KEKUATAN"

Ujian itu bagi aku adalah kekuatan kita. Sebab?

Sebab Allah bagi Ujian kepada Hamba-NYA setimpal dengan kekuatan yang dia ada. Main point ujian itu adalah untuk uji sejauh mana Iman kita sejauh mana hati kita dan setinggi apa Keimanan, ketakwaan dan kesabaran kita.

perlahan-lahan ia mendidik kita menjadi seorang muslim yang berjaya.

kadang sampai satu tahap, kita selalu membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.

Well Said...

kita rasa hidup kita lebih susah daripada hidp orang lain.
k fine..

cuba tengok orang yang menjual sayur di tepi-tepi jalan, adakah kehidupan kita lebih susah daripada mereka?

Bagaimana pula dengan cerita kehidupan orang yang kedua orang tua nya itu bekerja hanya sebagai penyapu jalanan? terpaksa berpanas terik meredah hujan dan panas hanya untuk sesuap nasi?

nak bandingan lagi dengan cerita orang yang menjual dari rumah ke rumah dengan membawa barang-barang jualan mereka kehulur kehilir hanya untuk mencari sesuap nasi.

Nak bandingkan dengan pakcik jual aiskrim yang menggunakan basikal tuanya... (Kalau tiada tempat korang, mai datang ke tempat cik korang lihat sendiri pakcik jual aiskrim guna basikal tuanya). mengayuh basikal ulang alik dari rumah ke satu tempat di mana dia rasa di situ dia mampu mendapatkan rezeki buat keluarganya...

Dengan perkara macam ni, masih lagi nak bandingkan hidup kita susah dari orang lain?

Fikir Sendiri ...

cuba belajar bersyukur.
Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. InshaAllah kebahagiaan milik kita.

End.

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial Edit Gambar.

Hakikat sebuah Persahabatan

Its out!