Hakikat sebuah Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar readers sekalian? Jangan lupa panjatkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat yang kita perolehi tidak putus-putus pada hari ini walaupun Nikmat hanya sekecil Zarah(Particle).

Baiklah, hari ni, tangan nak menggatal sangat updates blog yang dah berhabuk.. lagipun aku tengah stress study bio. Hehehehe.

agak obvious bila kita gaduh dengan kawan and so sudden orang sekeliling perasan tentang keadaan tersebut. Kadang langkah terbaik untuk kita tidak terus di sakiti adalah menjauhkan diri, TAPI BUKAN BERMAKNA PERLU MEMUTUSKAN SILATURAHIM.

Pernah terfikir tak kenapa kita bina satu jalinan ukhwah(Persahabatan) tapi end up jadi musuh ketat?
Aku buat observation, 1 per 10 mengatakan bahawa ia berpunca daripada niat. "Lillahi Ta'ala"
Aku baru sedar, sebelum ni ikatan ukhwah/ ikatan persahabatan yang aku jalankan sungguh lari dari landasan yang sebenar. Bukan kerana Allah tapi untuk kesenangan diri sendiri, supaya ada kawan boleh bersuka ria enjoy having fun biar ada banyak masalah. 
Masalah ni pula bestfriend takkan lari punya lah, jadi jangan nak mix up Personal problem together with kawan punya problem. Mari bukak mentality seluas yang mungkin.



Masalah dalam sebuah persahabatan ni biasanya satu jer, *ADA YANG SUKA BATU API.* 
Kawan yang macam ni kamu kena kenal pasti. Kenapa perlu percaya orang yang baru sahaja jadi genk kamu untuk musnahkan sebuah persahabatan yang kamu bina? Itu ibarat parasit. Parasit yang tidak ada penawarnya Ibarat Bisa ular yang beracun, lambat di rawat merebak lah ia.

jangan cerita pasal juita dan aku lah. Sebab apa juita dan aku bergaduh atas sebab penghinaan. *MAAF LAH PANTANG SAYA APABILA ORANG BABITKAN MAK BAPA SAYA LEBIH-LEBIH LAGI KALAU BUNYI MACAM HINA. #MAAF KASAR SEDIKIT#
Aku dah cuba tuk berbaik but she refuse so mana-mananya lah kan?

kenapa perlu malas untuk bertegur semula? Kalau kau sayang, takkan kau biarkan syaitan menguasai diri disertakan ego hingga kau buat keputusan untuk tidak melayan mereka. 
Checklist hati kita, berapa banyak benda kotor yang kita ungkapkan sebelum ni? berapa banyak zina mulut hati dan otak yang kita lakukan daripada perkataan-perkataan yang tidak baik? sedangkan wanita itu dilarang sama sekali menggunakan kata-kata yang kesat? Dalam gurauan pun ada seriusnya. dalam gurauan juga ada batasnya.

Pemikiran juga tidak boleh terlalu sempit untuk sesuatu perkara. 


kalau betul sahabat sejati sekali pun, tiada apa yang boleh meruntuhkan tembok persahabatan itu kekukuhannya. Yang penting dalam kawan TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, bukan NAK BERJAYA SENDIRI-SENDIRI. dan BUKAN JUGA SUKA CAKAP BELAKANG. TIDAK PUAS TERUS BERDEPAN. dan yang paling PENTING NIAT. NIAT berkawan lillahi ta'ala.

Dalam islam berdosa jika seseorang itu tidak melayan saudarnya melebihi 3 kali. Dalam pergaduhan pula Allah itu tidak melihat siapa yang salah dalam hal itu, tetapi Allah akan pandang siapa yang segera meminta maaf. memang orang kata sakit ba tu kalau minta maaf duluan biarpun bukan salah kita. Tapi itu namanya EGO. kalau kau betul-betul sayang kau takkan malu punya nak meminta maaf. Biarlah orang kata "Yess aku menang! dia kalah dia minta maaf duluan" orang yang cakap begini ni macam tiada belajar apa-apa. tidak usah peduli tu, itu cuma bisikan beracun. biar dia menang dengan Egonya asalkan penduduk langit, para Malaikat dan Allah s.w.t. tersenyum dengan tindakan yang kita lakukan. Boleh dikira sebagai perbuatan yang mulia meminta maaf itu biarpun bukan salah kita. 
Jadi minta Maaf. Meminta maaf takkan merendahkan status diri kita. SAYING SORRY DOESN'T REDUCE OUR STATUS.
*Mungkin video ni boleh tolong sedarkan sikit atau leraikan sikit ikatan ego kamurang tu*

Bergurau senda adalah perkara wajib dalam sebuah persahabatan. Tiada gurauan tiadalah senyuman. Bila kau gurau tahap melampau sampi melibatkan orang tua(IBU BAPA) memang sakitlah. 
memang tak patutlah. just like me and Juita.

Kenapa bergurau sampai nak babitkan mak bapa? Nabi pernah cakapkan, hati-hati dalam bergurau, jangan sampai gurauan yang kita buat mengguris hati si pendengar. Buka mata dan Buka minda as-sohabat-sohabat ku sekalian. Kita ni orang Islam. kita ada Adab dan cara untuk menyelesaikan masalah. ada Adab dalam bergurau juga. "MAHUKAH KAMU MENJADI FITNAH KEPADA AGAMA?" pernah terfikir ka kalau kamu buat gurauan begitu, kawan yang non-muslim pula fikiran macam mana? 

bayangkan lah satu hari tu kamu gurau-gurau dengan kawan non-muslim and Gurau pasal Parents diorang What if kalau parents diorang sudah tiada(Meninggal) mahuka kamu dengar dari mulut-mulut orang non-Muslim cakap "Beginikah adab orang Islam dalam bergurau? yang sudah mati pun mau di bangkit-bangkitkan" kalau non-muslim cakap macam tu kamu mau jawab apalah? sedangkan kamu tahu adab bergurau macam mana.

cuba nasihat diri sendiri ni supaya jalinan ukhwah ikatan ukhwah yang telah saya penat-penat simpul bersama, sambungkan bersama putus di tengah jalan. SPM DAH NAK DEKAT. whhy not berbaik jak lah. Takkan nak tunggu masa kem motivasi diri baru nak berbaik. takkan nak disuruh baru nak berbaik? What if kita mati sebelum meminta maaf/berbaik/bertegur sesama kita? Tak takut nasib seterusnya di alam sana? Sakit tau Azab Allah. 

Aku tak lah Alim sangat nak nasihat macam ni, aku just throw and spill out apa yang aku rasa aku patut buat. Kita manusia di tuntut untuk saling menasihati antara satu sama lain.
Checklist hati, muhasabah diri. peringatan buat diri sendiri juga. 

Rasanya nak end di sini.
Maaf kalau berkasar. 
Assalamualaikum. :)

Salam sayang,
Cik Julai

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.