Coretan Si Gadis Part I :')

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. sedikit perkongsian untuk hari ini :') moga bermanfaat.

Angin lembut mnyapa pipi sambil melagukan irama2 nya yg terindah. Tidak tergambar suasana ketika itu takut dan gementar. Tragedi yang mnjadikan diri ini menyepi dan takutkan kaum ajnabi. Perasaan takut hadir menyambar diri tatkala diri ini hampir mengecapkan kebahagiaan. Aku membetulkan susunan meja di kelas. Mungkin aku dgn sikap amarah ku menghentak meja itu tuk mmbetulkannya. Tapi aku hairan, mngapa Hafiz (Bukan Nama sebenar) melayangkan tumbukan padunya pada wajah ku. Sakit ku rasa. Bukan kah aku cuma meminta utk dia mmbetulkan mejanya agar kelihatan lebih cantik dan kemas ? Aku pelik dgn situasi yg pelik.

Semasa dalam perjalanan pulang, otak ku ligat berfikir tntg smua yg berlaku. Aku kehairanan. Mula timbul 1001 kemusykilan. Mengapa ? Kenapa ? Apa? Salah ku hingga terlayangnya tumbukan padu tersebut.
"Anak mama dah balik." Sapa ibu setibanya aku d halaman rumah. Aku menundukkan wajah ku. Takut kalau kalau ibu ternampak mataku yg dibasahi mutiara. "Adek, kenapa
Dengan pipi kau ? Lebam ? Kau bergaduh ? Atau ada org tumbuk. ?" Sapa kakak secara mengejut. Aku hairan. Bagaimana dia dpt tangkap bacaan kesan tumbukan itu. "TIDAKLAH" sepatah ku jawabkan. Ibu melulu dtg ke tempatku. "Kenapa dgn mata adek ni ? Lebam ? Siapa tumbuk adik ?" "Mana ada ma. Adek tak kena tumbuk pun oleh sesiapa. Dan adek tak bergaduh dgn sesiapa." Ku terus mencuba tuk menafikan keadaan. "Habis tu knp lebam tiba2? " aku di gesa utk mngatakan kebenaran. Akhirnya aku mngaku jua yg aku d tumbuk. Tapi aku bertambah pelik melihat situasi yg berlaku ketika ini. Knp kakak dan mama terus menangis ibarat ada kematian sdg berlaku. Aku berlalu ke bilik. Cuba melupakan semua yg berlaku.

"Cikgu anak saya dipukul matanya gara2 dia suruh betulkan susunan meja ? Cikgu rasa tindakan org yg pukul anak saya wajar atau tidak ? Saya tidak berpuas hati sbb tdk ada sbarang prompt action yg d lakukan." Ibu terus dan terus mengcomplain. Aku mendiamkan diri. Aku cuba tutup rasa takut ini utk ke kelas nanti.

Selesai perkara satu, satu lagi perkara menghantui krpala. Rasanya mmng aku yg melakukan tindakan yg salah. Krn aku mngetuk kepala si Qhairul dgn sengaja. Tanpa ada sebab . Tapi aku ? Langsung tdk mngucapkan kata maaf. Aku verdosa. Tapi si Qhairul terus menghetam ku secara psikologi. Tapi masih dpt aku endahkan. Aku terus berdiam tanpa sebarang kata. Kemudian aku dikejutkan lagi dgn masalah percintaan. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Kesian aku. Kali ini muaz menghentam ku dengan lebih berat. Sama cara dengan c khairul menghentam secara psikologi. Tapi aku punya kesabaran dan tahap penerimaan hampir ke nilai maksima dgn tndakan mereka yg menghina aku shibgga aku fobia dgn yg namanya "LELAKI" akhirnya aku decide tuk memilih sekolah menengah perempuan. Utk mengelakkan diri drpd golongan kaum ajnabi. Hampir aku melupakan semua yg berlaku. Tapi perkara itu berulang sekali lagi apabila aku masuk ke pusat tuisyen gegara result aku yg tak seberapa okay. Sekali lagi aku terpaksa menghadap kaum ajnabi. Dimana kali ini aku dihina dgn lebih kejam dimalukan dilaman sosial. Di hentam beramai-ramai. Punah hatiku kerana seorang lelaki. Sehingga aku berfiikir dan mmbuat keputusan. Utk tdk jatuh cinta dgn mna2 lelaki. Bahkan aku tdk mahu berkahwin. Tapi, krn ingatkan pesanan rasulullah s.a.w. aku menarik semula kata2 ku. Kemudian proses hentaman itu berhenti buat seketika. Namun, tiba2 tragedi itu berulang lagi. Tapi kali ini rasanya amat berbeza
Aku dihentam secara terbuka d pulau dan terus d musuhi . Tanpa ada sebarang sebab yg musabab. Lagi menyakitkan d hentam dan dihina oleh orang yg aku sayangi. Begitu hinanya aku d mata makhluk Allah. Sedang aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Aku pelik knp ini sering terjadi dgn aku. Aku hanyalah insan yg biasa. Pendosa tanpa had. Aku tahu ini ujian dari Allah. Ujian kerana merindui aku yang sering lupa utk mngadu dgnNYA. mungkin ku terlalu leka dengan dengan Janji dunia yg palsu. Hanya mengarahkan diri utk menuju ke simpang yang salah. Aku kini sedar, ternyata hidup ku terdapat kekosongan, kekosongan itu sepatutnya di isi dengan cinta Rabb yang hakiki namun ku tdk isi dan biarkan ia tdk berpenghuni. Baru ku sedar, Allah utuskan ujian2 yang sama berulang kali dan mempunyai kesudahan yang sama setiap kali ia berlaku. Namun ku langsung tdk mengambil sebarang pengajaran untuk diri setiap apa yang berlaku. Begitu perih ku rasa. Kerana kekosongan itu sudah bersarang tanpa ada penghuni. Aku lupa pada Sang penciptaku. Aku mengalirkan air mata ku. "Adik apasal menung jauh depan laptop tu?" Ibu menyapa. Aku tersintak. "Jom turun makan." Ibu mengajak makan lalu berlalu pergi. Aku terus menangis terimbau dengan kenangan lalu. Aku tertidur. Terlupa dengan ajakan ibu.

-Beesambung-

P/s : mengapa kita tdk sedar yg kita sering melakukan kesilapan yang sama. Dan kita terus menghukum diri .
Ingat penghinaan itu sangat lah teruk. Dosa tu wei, ingat lah penghinaan itu sama jak dengan mengumpat. Kamu tdk takut ka apa yg kamu hina itu berbalik pada diri kita ? Ingat weiyh, org yg MENGHINA LEBIH HINA DARIPADA YANG DIHINA. Ingat dosa mengumpat itu besar. . . Jangan menyesal dikemudian hari sudah.
WallahuAlam,

End of entry,
Assalamualaikum.
Cik Wani.

posted from Bloggeroid

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.