Sweet 1707
Bismillahirrahmanirrahim, Admin mulakan dengan lafaz kalimah agung, Bertanyakan khabar pada yang masih sudi membaca leteran tidak bersuara di laman ini. Alkisah sosok ceritanya, 21 tahun yang lalu, lahir seorang bayi kecil perempuan. Pada waktu siang dalam pukul 10:30 pagi. Anehnya, pada ketika itu semua pening sibuk memikirkan nama buat si bayi. Sehingga mengambil masa seminggu untuk dapatkan nama. Seminggu sesudah itu, lalu didaftarkan namanya ke Jabatan Pendaftaran Negara dan manusia yang berada di kaunter berkata 'Pakcik, skrg dah tak boleh lambat daftar. Hari ni lahir, hari ni juga tarikh diguna.' Si Ayah cuma mampu menangguk tanda setuju. 'tidak mengapalah. Daftarkan saja hari kelahirannya pada hari ini, iaitu 23.07' Sesudah itu, siaplah dokumen penting surat beranak si bayi kecil yang telah didaftarkan hari kelahirannya pada 23 Julai 1997. Kini, dia sudah berusia 21 tahun pada tarikh hari ini. Tapi belum jika mengikut tarikh kelahiran atas sij...